minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SANDIWARA KELAS TINGGI

Bila naib ketua pemuda umno letak jawatan, dari mula lagi saya anggap hanya sementara, hanya satu sandiwara. Telahan saya tepat bila petangnya Aziz menarik balik surat perletakan jawatannya. Aziz hanya melakonkan satu lagi sandiwara setelah BN kalah di Lunas. Kononnya beliau sedih sebab tak ada sokongan dari exco pemuda umno malaysia, katanya bukan dilunas sahaja malah disemua pilihan raya kecil yang BN tempoh. Aziz cuba menunjukkan yang dia seorang yang berkerja keras dan yang lain lembik macam boss mereka.

Sebenarnya Aziz hanya mahu orang mengatakannya dia seorang pemimpin yang layak melakukan perubahan pada umno, lihat bagaimana reaksinya dalam temuramah dengan utusan meloya. Dia dengan tegas mengatakan bahawa dasar pemuda selepas isu perletakan jawatannya ini bukan lagi nak jaga pemimpin tetapi nak jaga parti. Beliau sekali lagi berlakon opera bila beliau berkata begitu. Yang sebenarnya aziz malu sebab tarik balik surat perletakan jawatannya lalu beliau melatah dan kata umno perlu perubahan.

Kita cabar aziz jika beliau tidak bersandiwara maka yang pertama beliau kena lakukan adalah gerakan pemuda umno menjatuhkan pemimpin yang korup, yang terang terang membantu keluaga dan sahabai handai, yang mengunakan membahagikan harta rakyat sesama mereka. Persoalannya beranikan aziz melakukannya sedangkan
abangnya sendiri punya rumah bernilai berjuta juta ringgit dikuala ketil kedah. Semua rakyat nampak, rumah besar bagai istana ditepi jalan menuju ke baling, gerbangnya sahaja bernilai puluhan ribu ringgit, bagaimana aziz nak berdepan dengan rakyat dan berkata yang umno berjuang untuk rakyat. dibaling ada lebih 20 ribu penoreh getah, petani dan pesawah, yang anak anak mereka terpaksa berhenti sekolah selepas SPM semata mata nak bantu keluaga.

Beranikah aziz persoalkan tentang tanah beribu ekar yang kerajaan kedah bagi pada daim dikawasan sungai petani, dibawah syarikat Kejora Harta Berhad, daim melalui shuib lazim bolot semuanya, tak campur lagi tanah dimerbok yang daim kongsi dengan mohzani mahathir, kilang MDF diMerbok khabarkan  aziz ada kepentingan, beranikah aziz persoalkan. Belum lagi projek Laguna Merbok yang bernilai jutaan ringgit. Semuanya melambangkan betapa parahnya umno yang aziz nak buat 'cantikkan' itu. Aziz hanya bermimpi dan kenyataannya hanya sandiwara kelas tinggi nak kabui mata masyarakat, nak suruh orang kata dia hebat.

 Aziz sendiri masa berkempen untuk merebut jawatan naib ketua pemuda bulan mei lepas, bukan main lagi tabur duit. Bukan pemuda umno tidak tahu, jadi ada morol ke dia nak cakap soal politik bersih andai dia sendiri kotor. Orang utara cakap aziz 'gebang' sahaja bila dia dengan semangatnya bercakap soal pembaharuan umno, orang kampung pun tahu sandiwara semua itu.

 Apa yang kita tahu Aziz letak jawatan kerana tidak puas hati dengan hissamudin, dia nak cepat jadi ketua pemuda umno, aziz ini jenis gila pangkat, dia nak rampas jawatan hissamudin, dia fikir pemuda umno dibelakangnya, pemuda umno akan desak dia supaya tarik balik dan pemuda umno akan desak hissamudin letak jawatan atas alasan tak mampu nak memimpin tetapi aziz silap percaturan, pemuda umno semuanya jenis 'angguk' lagi mahathir tak bagi signal lagi itulah mereka tak berani. Kesian aziz, dia silap dan bila tersedarnya dia silap dia bersandiwara nak ubah umno sebuah parti yang sedang mereput.

 Umno sudah terlalu uzur, tak payah la aziz nak 'cantikkan' umno dah tak cantik. Kalau ibarat perempuan, umno dah putus haid tak payah lagi nak mekap sebab dan reput. Yang tinggal sekarang hanya saat saat rakyat bangun dan kapankan umno beramai ramai. Diktator tua yang terus menjadi nahkoda umno pun dan nyanyuk, cakap sudah merapu dan tinggal tak ramas tahinya sendiri sahala lagi. Diktator tua itu terus dengan nostagianya, dan pemimpin umno lain jadi tukang angguknya.

 Tapi jika aziz serius juga hendak buat perubahan dalam umno, maka marilah bersama kami, tolong kami gerakan rakyat 'matikan' nahkoda nyanyuk itu dan semua juak juaknya yang hanya tahu memgampu dan menyapu duit rakyat, kemudian hidupkan umno yang lain dari umno yang telah mati itu. Kalau tidak sanggup maka tak payah
buat sandiwara banyak banyak sebab setiap kali sandiwara yang umno buat setiap kali itu juga umno semakin dibenci oleh rakyat. Faham aziz!


 -irzaimi-
 ayat@freeanwar.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter